Sunday, 31 March 2013

JAHANAM KO LANUN2 SULU.KO BAKAR RUMH BAH..

- 0 comments

LAHAD DATU - “Hanya kerajaan sahaja boleh bantu kami untuk mulakan hidup baru” kata Hiya Majidil, 71, apabila melihat rumah didiami  bersama 30 anggota keluarganya sejak 49 tahun lalu musnah akibat pencerobohan pengganas Kiram dari selatan Filipina.

Sinar Harian difahamkan, rumah Hiya antara empat rumah terawal yang dibakar pengganas yang berang kerana penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu enggan bersekongkol dengan mereka.

Katanya, pada 1 Mac lalu, ketika pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas di Kampung Tanduo,  mereka sekeluarga melarikan diri sehelai sepinggang.

“Apa kami fikir cuma mahu selamat....kami tak sempat nak bawa apa-apa.  Kami kemudiannya ditempatkan di  pusat pemindahan sementara  sehinggalah hari ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Hiya antara 100 penduduk Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang dibawa masuk untuk melihat kediaman masing-masing selepas 26 hari Op Daulat dilancarkan.

Kesedihan Hiya turut dikongsi anak perempuannya, Siti Aminah, 21, yang  tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya musnah.

Siti Aminah menangis teresak-esak sambil bertanya, "Di mana kami nak tinggal selepas ini?"

“Apa lagi yang tinggal untuk kami? Semuannya sudah hancur,” katanya sambil ditenangkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Sementara itu  jiran kedua beranak ini, Juhrah Jowak, 48, turut mengalami nasib yang sama apabila rumah mereka turut musnah dibakar pengganas.

Menurutnya, ketika dia melarikan diri bersama keluarganya, rumahnya masih elok lagi dan apa yang dilihatnya semalam sememangnya tidak diduga sama sekali.

“Saya ingatkan rumah saya masih elok.... tetapi lihatlah apa yang sudah terjadi.... bukan saja rumah, malah kebun kami juga turut musnah,” katanya.

Selain Juhrah, adiknya Betty Jowak, 39, dan jirannya Suraidah Omar, 33, juga turut menerima nasib serupa.

Suraidah berkata, dia mengharapkan supaya kerajaan membantu menyediakan kediaman baru buat penduduk yang rumah mereka musnah dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas.
[Continue reading...]

PANAS!!PANAS!! Episode 3 - Video Anwar Ibrahim Terkam & Sodom Mahsiswa 19 tahun

- 0 comments

Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini. BACA DISINI SETERUSNYA
[Continue reading...]

PENGUMUMAN CALON PKR DIKUANTAN DI "BOO" OLEH PENYOKONG SENDIRI..hihi

- 1 comments

KUANTAN 31 Mac - Pengumuman nama Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum Ke-13 malam tadi, disambut dengan sorakan ejekan oleh segelintir penyokong pembangkang sendiri.

Tindakan 'boo' itu dilakukan sebaik Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan nama Fauzi sebagai calon menggantikan penyandang, Azan Ismail pada majlis ceramah Pas di Balok Makmur di sini malam tadi. - BERNAMA




[Continue reading...]

PAS BUKAN AGAMA, AGAMA BUKAN PAS... SEBAB APA GUNAKAN AGAMA UNTUK BERKUASA??

- 0 comments

Masa Mursyidul Am PAS memberikan gambaran dan fahaman kepada orang ramai, khususnya pengikut-pengikut PAS bahawa PAS adalah Islam dan Islam itu merupakan sebahagian daripada PAS, tak pernah pula Presiden PAS mengeluarkan kenyataan, PAS BUKAN AGAMA DAN AGAMA BUKANNYA PAS.

Masa kebanyakan ahli-ahli PAS yang jahil agama, tetapi perasan mereka lebih berilmu kerana jadi ahli PAS beranggapan, PAS adalah agama, tak pernah keluar pun ayat PAS BUKAN AGAMA DAN AGAMA BUKAN PAS dari mulut Hadi Awang. Bahkan masa Mursyidul Am PAS yang kurang berilmu tetapi iangkat dan dilambung mengalahkan Imam Besar Mazhab buat kenyataan yang bukan-bukan tentang agama dan politik, Hadi Awang tetap tutup mulut dan bagaikan meredhai kenyataan-kenyataan sebegitu.

Bahkan, masa Hadi Awang keluarkan AMANAT HAJI HADI 1981 di Banggol Peradong, tidak pula dia menerangkan kepada ahli-ahli PAS bahawa PAS bukannya agama, sebaliknya mengkafirkan UMNO sebab kononnya UMNO mengekalkan Perlembagaan Reid yang dikatakan Perlembagaan Jahiliyah.

Apakah selepas Hadi Awang mengisytiharkan bahawa PAS akan bersama-sama PKR dan DAP mempertahankan Perlembagaan Reid yang sebelum ini ditanggapi sebagai Perlembagaan Kafir, maka Hadi Awang sudah mendapat ilham atau sudah dibukakan mata hatinya sehingga ke maqam kasyaf atau lebih tepat lagi, dianugerakan Ilmu Laduni sehinggakan mampu mengeluarkan kenyataan bahawa PAS BUKAN AGAMA DAN AGAMA BUKANNYA PAS?

Atau barangkali disebabkan rakyat semakin celik huruf dan tidak lagi bergantung kepada ceramah dan kempen boikot sumber maklumat sepertimana yang diagung-agungkan oleh para pembesar PAS, maka Hadi Awang terpaksa kona baring sampai cecah telinga? SETERUSNYA BAC DISINI
[Continue reading...]

GAMBAR LUCAH ANAK ARTIS MALAYSIA TERSEBAR!!!

- 0 comments
Dakwa blog tersebut, gambar tersebut adalah gambar anak pelakon wanita terkenal berdarah kacukan. Pelakon tersebut pula cukup popular pada sekitar tahun 90an.

Ah! Bukan susah sangat nak meneka pelakon wanita kacukan pada zaman itu, tolak Julia Rais, siapa lagi yang tinggal kalau bukan Sofea Jane.

Ramai juga pengunjung yang meneka, dan ramai juga yang meneka Sofea Jane.

SUMBER : KLIK SINI
[Continue reading...]

POLIS RAKAM VEDIO PELACUR DENGAN PELANGGAN

- 0 comments

Lima anggota polis diturunkan pangkat selepas didapati merakam video dua orang pelacur dalam keadaan telanjang bulat ketika melakukan soal siasat dalam suatu operasi membanteras kegiatan pelacuran. Klip video itu kemudiannya tersebar di internet.

Jangan saspens! Kelima-lima polis ini bukanlah anggota PDRM tetapi anggota polisVietnam yang bertugas di daerah Quang Ninh yang letaknya di utara negara itu. Kelima-lima mereka diturunkan pangkat kerana didapati menyalahi etika dan disiplin pasukan tersebut.

Menurut sumber, seorang daripada enam anggota polis itu merakam kedua-dua pelacur itu bersama-sama dengan pelangan masing-masing untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada bukti kes tersebut.

Klip itu menunjukkan wanita-wanita itu dalam keadaan tanpa pakaian di bilik hotel sementara beberapa orang polis berpakaian biasa kelihatan sedang menulis sesuatu. Kedua-dua wanita itu cuba menutup tubuh bogel mereka namun dihalang oleh polis-polis tersebut sementara salah seorang daripada mereka merakam proses tersebut. SUTERUSNYA BACA SINI
[Continue reading...]

NURUL IZZAH BAKAL TERIMA MAK UDA???

- 0 comments

Sudah hangat diperkatakan di warung kopi, di rangkaian restoran Garuda di Jakarta khasnya malah di "koran" atau forum maya Indonesia amnya bahawa Anwar Ibrahim bakal bernikah dengan gadis kacukan berdarah Cina-Belanda-Indon atau popular dengan panggilan CIBEI oleh rakyat seberang.

Gadis dalam lingkungan 28 tahun, masih anak dara dan khabarnya merupakan anak pemimpin parti politik yang agak luas juga pengaruhnya dan asalnya dari Bandung.

Menurut sumber dari parti tersebut, Anwar kerap ke Jakarta melalui Bandung dan di situlah bermula kisah cinta bersegi yang sudah masuk hampir setahun dan kesemua ahli keluarga gadis tersebut khabarnya sudah bersetuju menerima Anwar sebagai menantu.

Menurutnya lagi, hanya Nurul Izzah sahaja yang tahu perkara ini kerana beliau juga sering menemani bapanya ke Indonesia. Anak perempuan Anwar ini juga sering dilihat bersama dengan bakal ibu tirinya di sekitar Bandung dan ianya bukan rahsia lagi bagi masyarakat Bandung bila kadang-kadang Anwar juga ada bersama dengan anaknya, Nurul dan bakal madu Wan Azizah didapati makan dan membeli belah bersama.

Di kalangan warga aristokrat Bandung, gadis ini dikenali sebagai 'Darling' kerana sikapnya yang peramah dan manja dengan seluruh ahli keluarga dan keponakan beliau.

Foto di atas sudah lama berada atau berlegar dalam medium maya, samada dalam blog, portal maupun facebook. Anwar tidak pernah nafikan itu gambar palsu dan tidak pernah melatah bila gambar tersebut selalu muncul di mana-mana media maya. 

Apakah kerana Anwar mabuk cinta ?
Apakah kerana ingin sampaikan hajat pada Wan Azizah ?
Apakah kerana Anwar takut hajat cinta tak kesampaian ?

MI bakal bongkar kisah cinta rentas benua ini dan akan pamirkan gambar-gambar manja Darling dan Anwar di sekitar Bandung dan beberapa tempat rehat yang beriklim sejuk di Indonesia.

Bersediakah Wan Azizah menerima madu seperti isteri pemimpin pakatan haram yang lain?
Bersediakan Wan Azizah menerima anak tiri seperti "anak samsidar" ?

Tunggu....

SUMBER : KLIK SINI

[Continue reading...]

STRATEGI JAHAT PEMBANGGANG 7 HARI SEBELUM HARI PEMBUANGAN UNDI

- 0 comments

Hari pengundian sudah semakin hampir, sekarang ini seluruh parti politik di Malaysia sedang sibuk membuat persediaan akhir sebelum pengumuman pembubaran Perlimen oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Untuk menang pilihanraya, sudah tentu setiap parti politik mempunyai strategi masing-masing  yang menjadi rahsia sulit. Namun tidak bagi Pakatan Pembangkang (PR) di mana segala perancangan, rahsia serta alat 'sulit' pemimpinnya kini sudah menjadi rahsia terbuka bagi lawannya.

Sejak beberapa hari ini, kecoh di laman sosial dan blog-blog bercerita tentang taktik kotor Pakatan Pembangkang yang telah didedahkan oleh orang dalam parti itu sendiri. Jika diteliti setiap butiran perancangan yang dibuat pasti kita menggeleng kepala kerana memikirkan  bertapa jahat dan terdesaknya puak ini untuk menang PRU13.

Penulis tertarik dengan satu pendedahan yang dibuat berkenaan taktik kotor Pembangkang menggunakan nama-nama  NGO masuk ke kawasan taman perumahan dan ceruk-ceruk kampung kononya untuk mengajar kaum-kaum ibu bagaimana cara calitan dakwat kekal dilakukan.

Bagi mereka yang kurang terdedah dengan maklumat semasa sudah tentu menganggap calitan dakwat kekal tersebut sebagai perkara biasa yang tidak mendatangkan apa-apa kesan. Penulis sendiri pun tidak pernah terfikir pihak Pembangkang akan menggunakan taktik kotor sebegini.

Menurut maklumat yang penulis terima memberitahu bahawa dakwat kekal yang telah dicalit akan hilang sendiri dalam tempoh masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak golongan yang terpedaya ini akan dihalang dari mengundi kerana jari mereka sudah ada kesan dakwat kekal.

Kesudahnya, kedaan kecoh yang diharapkan Pakatan Pembangkang menjadi kenyataan apabila timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengundi terhadap SPR. Apabila keadaan tidak terkawal pihak Pembangkang akan gunakan alasan tersebut untuk memberontak dan mempertikai keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetusnya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya dipilih secara kotor.

Sekiranya benar maklumat yang tersebar ini, pihak SPR wajar memandang serius dan mengambil tindakan pantas sebelum apa yang dirancang oleh Pakatan Pembangkang ini betul-betul menjadi kenyataan. Harus diingat juga, Pakatan Pembangkang tidak pernah menandatangani piagam pilihanraya iaitu berikrar menjalankan pilihanraya secara bersih dan mengikut undang-undang serta peraturan.

Mereka ini juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan taktik kotor demi untuk mendapatkan kuasa. Mungkin sebeb ini lah pemimpin Pakatan Pembangkang tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut.

Semoga dengan pendedahan ini dapat dijadikan peringatan kepada kita semua agar tidak terjerat dengan tipu daya Pakatan Pembangkang yang pada akhirnya kita sendiri rugi kerana terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk mengundi.

Minta tolong juga agar maklumat ini disampaikan kepada ibubapa kita, saudara mara di kampung atau jiran tetangga yang tinggal di sebelah rumah supaya berwaspada dengan helah kotor ejen-ejen yang dihantar Pakatan Pembangkang ini.
[Continue reading...]

PANAS!!! TOKOH INI TERPEDAYA DENGAN JANJI ANWAR BRAHIM??

- 1 comments

Sebut sahaja nama Profesor Datuk Dr. Sidek Baba tentu ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang sahabat yang mempunyai hubungan akrab dan cukup rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sebagai bekas Naib Presiden ABIM dan Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Sidek juga dikenali umum kerana peranannya dalam mengembangkan pengaruh Anwar di kalangan pelajar UIAM ketika zaman kegemilangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.


Dr Sidek yang kini adalah pensyarah Kanan di UIAM juga pernah di tahan di bawah ISA ketika kemuncak isu liwat melibatkan Anwar pada 1998, justeru itu ramai yang percaya hubungan mereka berdua akan berkekalan dan mustahil akan terungkai sama sekali.

Namun persahabatan kedua-duanya tidak berkekalan apabila semenjak tiga tahun lalu Dr. Sidek telah bertindak meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun mereka bersahabat. Ramai yang sukar mempercayainya malah tidak mengetahui kenapa dan mengapa Dr Sidek mengambil tindakan demikian. BACA SINI

Bagaimana pun ketika menyertai program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara MARA pada 26 Mac 2013, Dr Sidek telah mengambil peluang tersebut menjelaskan tiga sebab kenapa beliau meninggalkan Anwar sekaligus keluar dari landasan perjuangan bekas sahabat baiknya itu.

Tiga sebab yang dimaksudkannya itu ialah mengenai persoalan moral, sokongan kepada agenda pluralisme agama dan masalah kredibiliti, yang mana ketiga-tiganya cukup rapat dengan Anwar yang akhirnya mendorong Dr Sidek untuk mengambil keputusan muktamad menjauhkan diri.

Menurut Dr Sidek, terlalu banyak persoalan moral yang melingkari hidup Anwar dan agak sukar untuk diterimanya, apatah lagi bila diimbas semula pesanan Anwar ketika bersama ABIM dulu yang sering menegaskan seseorang pemimpin bukan sahaja mesti bersih tetapi juga kelihatan bersih.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 1,000 orang kakitangan MARA itu juga, Dr Sidek meluahkan kekecewaannya terhadap Anwar kerana perubahan drastik bekas mentornya itu yang kini menjadi pendukung pemikiran liberal serta cukup dekat dengan golongan pluralisme agama.

Ucapan Anwar di London School of Economics (LSE) pada 18 Mac 2010 menurut Dr Sidek adalah bukti nyata yang tidak dapat disangkal lagi mengenai penglibatan Anwar dengan pendukung liberal dan pluralisme agama.

Selain itu, Dr Sidek juga menjelaskan keraguannya terhadap hubungan rapat Anwar dengan para pelobi berbangsa Yahudi yang dianggap sangat berbahaya kepada keselamatan negara selain menjejaskan kredibiliti Anwar yang sebelum ini dilihat sebagai Islamik.

Kesemua sebab yang diutarakan oleh Dr Sidek di atas adalah asas penting yang mendorongnya meninggalkan Anwar meskipun lebih 30 tahun lalu mereka berdua akrab bersahabat. 

Dr Sidek bukanlah satu-satunya sahabat seperjuangan Anwar dari ABIM yang telah hilang kepercayaan terhadap Ketua Umum PKR itu, ramai lagi yang lain antaranya bekas Presiden ABIM, Dr Yusri Muhammad serta bekas pengasas NGO itu, Tuan Haji Ustaz Ismail Mina.

Sebelum mengambil tindakan yang tentunya sukar itu, Dr Sidek terlebih dahulu melakukan siasatan sendiri dengan menemu bual seramai 28 orang individu yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar diikuti dengan solat istikharah bagi memohon petunjuk Allah S.W.T.

Selepas itu barulah beliau membuat keputusan muktamad menjarakkan diri dari Anwar dan parti-parti pembangkang
[Continue reading...]

Saksi ; "..Kami Lihat Isteri Ketua Cawangan Pas Di Atas Badan Wakil Rakyat Tanpa Baju..."

- 0 comments

Bersama Ustaz Saidi dan suami yang juga ketua cawangan pas ketika itu, sepupu Ustaz Saidi dan kawan-kawannya yang lain juga turut bersama. Rata-rata mereka ketika itu adalah pelajar pondok yang sudah senior atau sudah berusia. Untuk makluman pembaca, pondok pengajian agama di Kelantan bukan saja terdiri dari pelajar yang berusia seawal 12 tahun, ada juga pondok yang masih kekalkan tradisi menerima warga emas sebagai pelajar dan juga golongan dewasa yang ingin menambah ilmu tanpa mengharapkan sekeping sijil atau ijazah. Sekadar menafaatkan Ilmu Islam di usia yang sudah lanjut.

Bertolak dari rumah Si suami, dengan dua buah kereta mereka menuju ke stesen keretapi Kuala Krai. 

Sebaik saja keretapi singgah di stesen, Ustaz Saidi bersama Si suami dan rakannya yang lain terus naik dan berjumpa dengan "master" yang bertugas mengawal selia penumpang. Ustaz Saidi bertanya bilik manakah yang digunakan oleh wakil rakyat tersebut, "master" dikatakan menunjukkan bilik di mana wakil rakyat pas itu berada.

Nombor bilik kelas pertama yang digunakan oleh Adun Pas tersebut adalah VIP No 1, koch khas yang selalu digunakan oleh orang kenamaan.

Tanpa membuang masa, menurut Ustaz Saidi, beliau mulanya mengetuk pintu koch beberapa kali namun tiada jawapan dan beliau, Ustaz Saidi mengambil keputusan membuka pintu dengan menendang pintu bilik tersebut.
[Continue reading...]

PERBUALAN PENUH AHLI JEMAAH PKR TERSEBAR

- 0 comments
11:42pm
Saharudin Hamid
assalamulaikum tks
• Today


1:13am
Saharudin Hamid
Assalamulaikum


1:13am
Zuria Zaireen
Waalaikumussalam


1:13am
Saharudin Hamid
sihat ke


1:14am
Zuria Zaireen
Sihat


1:14am
Saharudin Hamid
lambat tdur x ngantuk ke


1:14am
Zuria Zaireen
urm..belum lagi ..u pula?


1:15am
Saharudin Hamid
sama le xngantok lagi


1:15am
Zuria Zaireen
Hihi...sejuk malam2 ni...susah nk tdo


1:15am
Saharudin Hamid
mang best klu mlm2 sejuk kn


1:16am
Zuria Zaireen
best apernyer..orang yang dh kawin best la kot


1:17am
Saharudin Hamid
awak blum kwen ke


1:17am
Zuria Zaireen
da pernah kawin...


1:18am
Saharudin Hamid
oh ye ke patut le tau


1:18am
Zuria Zaireen
Hihihi...merepek jer dia ~
u boleh webcam ke?


1:19am
Saharudin Hamid
leh nape nak ke


1:19am
Zuria Zaireen
Hahah...sajer tanyer lah..
i punya laptop jenis lame...xleh webcam


1:20am
Saharudin Hamid
klu x leh tgok wajah awak
awak tggl kt mna ne


1:21am
Zuria Zaireen
asal kelantan tanah merah
kendian belajar di gurun
skarang kerje di terengganu
u kerje ape?


1:22am
Saharudin Hamid
sy krje mcm dlm pic


SETERUSNYA BACA DISINI
[Continue reading...]

KEJAM !!! "MAYAT DIGALI & DIROGOL PUAS-PUAS"

- 0 comments
Wanita di bawah ini telah dibunuh dan mayatnya telah dibedah. Selepas itu beliau ditanam di kubur yang ditetapkan. Kemudian, entah ada mamat mana yang sangap sangat dekat beliau pergi korek balik mayat beliau lalu rogol puas-puas. Hobi merogol mayat dipanggil sebagai necrophilia dalam bahasa penjajah.






SUMBER : KLIK SINI

[Continue reading...]

PAS MARAHKAN UMNO KELUARKAN VEDIO ANWAR TERLALU CEPAT-DARI SUMBER PAS

- 0 comments

LATARBELAKANG pendidikan Anwar sebagai lulusan am dalam Pengajian Melayu bukan satu rahsia, ini semua orang tahu.  Walaupun tidak mendapat kepujian, tapi pengetahuan yang diperolehinya semasa belajar dulu rupanya banyak membantu Anwar dalam ‘permainan bahasa’ politik.

Baru-baru ini, Anwar meminta UMNO supaya beristighafar banyak-banyak berikutan penyebaran video lucahnya yang dikaitkan dengan parti tersebut.
Macam mana tu?  Dia yang buat hal, lain orang pulak yang kena istighafar? Tak pelik ke?

Sementara dakwaan UMNO terlibat dalam penyebaran video lucah tersebut masih tidak terbukti sampai sekarang, tindakan Anwar yang lebih memberi keutamaan untuk menyalahkan UMNO lanjutan dari penyebaran video tersebut dari menjawab persoalan sama ada dia terbabit atau tidak, telah mencetus tanda tanya ramai orang.

Ada banyak video yang kita cerita ni, yang cium ketiak itu satu hal, video borak-borak manja dengan jantan yang sedang tersebar sekarang, bila Anwar nak istigfar?SETERUSNYA BACA SINI
[Continue reading...]

Saturday, 30 March 2013

PAS SOLAT HAJAT SUPAYA DAP DAPAT MEMBUNUH MELAYU YANG TIDAK MENYOKONG PAS

- 0 comments

Pas akan  bersyukur kerana anak babi ala komunis menggunakan lambang Pas .. Memang sah lah pas adalah sebuah parti agen yahudi..agen komunis.. agen anri melayu.. dan yang paling teruk sekali menghina agama islam yang didokong oleh pas... 

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan hasrat DAP mahu menggunakan lambang bulan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai satu kejayaan beliau mendidik pemimpin pembangkang tersebut.

Malah katanya, hasrat terbuka pemimpin DAP itu dianggap sebagai satu kejayaan selepas mereka melihat Pas mentadbir negeri Kelantan selama 23 tahun.
"Dulu Cina takut, usahkan Cina, Melayu UMNO pun takut, sekarang ini alhamdulillah DAP terima 23 tahun kita perintah Kelantan.

"DAP tengok benda yang Pas buat ini betul, sampai dia sanggup guna lambang bulan untuk bertanding pilihan raya sekiranya diharamkan, ini satu kejayaan besar bagi saya," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Merbau, Selising di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang di dalam akaun twitternya baru-baru berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.
[Continue reading...]

Terkini LD!! 1 lagi mayat terbakar akibat Ilmu Hitam lanun Sulu....

- 1 comments
DATU 30 Mac - Pihak berkuasa berjaya mengeluarkan 1 lagi mayat anggota pemberontak di dalam ops  daulat. Ternyata pengunaan ilmu hitam di kalangan pemberontak sulu ini telah ditunjukkan oleh kuasa Allah dengan menunjukkan mayat itu seakan terbakar.... masyaallah.. begitu lah nasib pengamal ilmu hitam..

DisamSebanyak 26 daripada 140 rumah di Kampung Tanjung Labian disahkan mengalami kerosakan teruk dan tidak lagi boleh diduduki, manakala 16 rumah lagi didapati rosak tetapi masih boleh didiami.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, di Kampung Tanjung Batu pula, sebanyak 23 rumah musnah teruk dan 45 lagi rosak tetapi masih boleh diduduki.
"Pengiraan itu dibuat oleh pasukan penilai yang melawat kedua-dua kampung terbabit bersama lebih 140 ketua keluarga.

"Semua penduduk di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas mengenai Ops Daulat, Hamza berkata, ia masih diteruskan sehingga kini kerana operasi itu bukan sahaja tertumpu di Lahad Datu tetapi turut melibatkan dua daerah lain iaitu Semporna dan Sandakan
[Continue reading...]

Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara: Helah PR Untuk Mencetus Huru-hara

- 1 comments

Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis ‘pakar’.  Dari ‘pakar’ agama, ‘pakar’ ekonomi sehinggalah ke ‘pakar’ peperangan.  Malangnya, ‘pakar-pakar’ mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar.

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari ‘pakar matematik’ yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.  Kenyataan ‘pakar’ tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit.

Kini, sekali lagi PR menampilkan ‘pakar’ iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.  Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.  Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar.

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.  

Sebenarnya, tidak ada istilah ‘kerajaan haram’ setelah DUN terbubar.  Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.  Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat ‘Arab Spring’.

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, ‘kerajaan sementara’ atau ‘caretake government’ adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.   Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen  yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel.

Justeru,  istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.  

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas.  Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?  

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap ‘tidak ada’ agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka?  Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,  tentera dan polis semua ‘meletakkan senjata’, ‘rehatkan diri’ atau ‘keluar baris’ agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa?

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.  Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting.

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu.

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.  

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.  

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari ‘gusarkan’.  Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab ‘kerajaan sementara’ diajar dahulu.

[Continue reading...]

TERKINI Ucapan PM !!!! PM @NajibRazak Yakin BN Menang 2/3 Majoriti

- 0 comments

Ramai yang seakan sedar dengan perubahan sikap dan emosi yang sedang melanda Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ketika ini. Walau dia masih cuba bersikap tenang terutama di hadapan media dan khalayak umum namun pada hakikatnya, Anwar sedang dilanda sindrom takut untuk berdepan dengan bermacam-macam kemungkinan yang akan melanda khususnya kehilangan sokongan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Masakan tidak, selain berdepan dengan pelbagai isu dan skandal seks yang tidak ada titik noktahnya Anwar gusar dengan perkembangan terkini berhubung sokongan masyarakat yang semakin berkurangan. Contoh paling ketara, sekiranya sebelum ini setiap program yang dihadiri oleh Anwar, paling sedikit jumlah kehadiran pasti mencecah ke angka 5-6 ribu.

Namun mutakhir ini, angka itu menunjukkan jumlah kemerosotan yang ketara dengan anggaran kehadiran hanya sekitar 1-1,500 orang sahaja dalam satu-satu masa. Berbanding program Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak yang melonjak sekitar 10-15 ribu.

Mungkin berdasarkan faktor itu di tambah dengan beberapa faktor lain, Perdana Menteri telah menyatakan dengan jelas dan yakin akan kemampuan BN/Umno untuk meraih 2/3 majoriti dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU13).

Malah sebelum ini laporan yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, telah meramalkan BN akan memenangi PRU-13. Ia berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda transformasi Perdana Menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang dilihat semakin berjaya.

Terbaru Financial Times dan Reuters juga turut melaporkan keyakinan mereka, akan kemenangan BN/Umno yang mampu meraih memenangi majoriti 2/3 di dalam di dalam pilihanraya ini. Ia turut disebabkan keyakinan para pelabur asing dengan keupayaan Perdana Menteri dalam memacu dan menjana ekonomi negara.

Contohnya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan April 2009 jelas menunjukkan keupayaan kerajaan merangka dan merealisasikan semua perancangan yang telah disediakan itu.

Program tersebut juga dilihat telah berjaya memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.

Menurut pemerhati antarabangsa juga, keputusan pilihan raya yang akan datang sudah semakin jelas menunjukkan bahawa BN akan menang, berbanding pakatan pembangkang yang hanya mampu membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa.

Pakatan pembangkang juga dilihat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Di Selangor sebagai contoh populisme pakatan pimpinan Anwar kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal kerana melaksanakan hanya 15% daripada 31 janji pilihan raya yang lalu.
[Continue reading...]

Update terkini Lahad Datu !!! Hanya tinggal 10 yang menggamal ilmu HITAM sahaja masih diburu..

- 0 comments
LAHAD DATU - Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.   Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.   "Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya...kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.   Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.   Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.   Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.   Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.   Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.   "Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu," katanya. - Bernama
[Continue reading...]

Demokrasi Ala DAP: 753 Perwakilan Dinafikan Hak Mengundi

- 0 comments
DAP merupakan singkatan kepada Democratic Action Party atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Parti Tindakan Demokratik. Seimbas lalu mungkin ada yang beranggapan inilah sebenar-benarnya parti politik yang memenuhi ciri-ciri demokrasi yang wajar disokong.

Secara teorinya kelihatan begitulah, sementelah lagi pemimpin-pemimpin DAP juga sering mendabik dada sebagai juara demokrasi serta cukup lantang bila membicarakan perihal kebebasan bersuara, ketelusan dan hak asasi manusia.

Tapi seperti mana biasa, bercakap mengenai teori sememangnya mudah dan kelihatan indah-indah belaka namun bila masuk bab praktikal selalunya hancur tak terdaya diterjemahkan dan langsung tak mampu direalisasikan. Itu hakikat yang sering terjadi. 

Lihat saja kemelut yang berlaku dalam DAP selepas selesai pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang dilangsungkan Disember 2012 lalu, sampai sekarang tak selesai-selesai juga ibarat rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi.

Ramai ahli dan pemimpin DAP yang terus mempersoalkan ketelusan dalam pemilihan itu berikutan perubahan mendadak keputusan pemilihan yang kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, malah turut mempertikaikan kenapa seramai 753 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Mustahil hanya 1823 orang perwakilan sahaja yang layak memilih pemimpin pilihan mereka sedangkan jumlah keseluruhan perwakilan ialah 2,576 orang.

Malah beberapa hari sebelum pemilihan CEC, Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Teresa Kok dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah mengesahkan seramai 2,576 perwakilan dari 730 bahagian akan mengundi bagi memilih ahli CEC yang baru.

Jika dikatakan 753 orang perwakilan yang kebanyakannya keturunan India dan beberapa orang lagi perwakilan berbangsa Melayu dan Cina itu tidak layak mengundi, amatlah tidak logik memandangkan nama masing-masing telah disahkan sebagai perwakilan.

Nak dikatakan semua 753 orang perwakilan yang dinafikan hak ini sengaja tidak hadir atas sebab kesihatan atau malas, tentunya mustahil. Kalau sekadar 100 atau 200 orang saja yang ponteng, logiklah juga.

Jelas sekali pasti ada sesuatu yang tak kena dan semestinya wujud penyelewengan di peringkat kepimpinan DAP yang dikuasai dinasti Lim Kit Siang dan anak beranak Karpal Singh itu. 

Bila bercakap soal kebebasan, ketelusan dan hak asasi bukan main lagi DAP ke depan nak jadi juara, alih-alih dalam parti sendiri rupanya ramai ahlinya dinafikan hak untuk memilih pemimpin yang disukai. Nampak sangat DAP cumalah parti politik yang cakap banyak buatnya tidak.

Barangkali menyedari penyelewengan dan ketidaktelusan ini semakin disedari ahli-ahlinya, maka sebab itulah beberapa hari lepas Lim Kit Siang dan Karpal Singh sibuk membuat andaian kemungkinan DAP akan diharamkan konon kerana adanya komplot dari BN dan ROS.

Orang yang ketakutan dengan bayang-bayang sendiri, tambahan pula memang wujud keraguan munasabah yang menjadi perhatian umum, biasanya begitulah cepat melatah mencari alasan dan kambing hitam. 

No action talk only, itu kesimpulan yang sesuai di cop atas dahi kepimpinan DAP. Dulu dan sekarang sama saja.

[Continue reading...]

Hancur luluh hati kami.. Melihat Keadaan Rumah Kami...

- 0 comments

LAHAD DATU - Kesan tembakan boleh dilihat dengan mata kasar di setiap rumah dilalui petugas media yang berpeluang melihat sendiri kesan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dengan pengganas Sulu.

Ada kesan tembakan daripada  senjata ringan seperti M-16 dan ada juga kesan  tembakan senjata berat  seperti mesingan berat (GPMG) sehingga terdapat kesan lubang besar pada rumah penduduk dan kenderaan.

Semalam, buat pertama kalinya petugas media dibenar masuk ke kawasan pertempuran bersama pasukan keselamatan, Pejabat Daerah Lahad Datu, Jabatan Kerja Raya serta 30 ketua keluarga penduduk Kampung Tanjung Batu kira-kira jam 9.30 pagi, selepas disytiharkan selamat.

Sebaik tiba di Kampung Tanjung Batu, hati mula terasa sedih dan terkejut melihat kesan pertempuran yang amat dahsyat seperti kita melihat cerita-cerita perang di televisyen.

Sebak juga rasanya apabila melihat ada dalam kalangan ketua keluarga menggelengkan kepala dan ada menitiskan air mata apabila melihat sendiri kediaman mereka didiami sejak kecil musnah begitu sahaja.

Harapan mereka hanyalah mahu kembali aman seperti sedia kala.BERNAMA

[Continue reading...]

Friday, 29 March 2013

SEBAK MELIHAT RUMAH KAMI DI BAKAR OLEH LANUN2 SULU..

- 0 comments

Hatinya amat sedih apabila melihat rumahnya di KamustahiTanjung Batu di sini musnah teruk apabila menjadi medan pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan pengganas Kiram.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rumahnya yang diduduki sejak 1959 terbakar dan beberapa harta lain turut musnah seperti kereta serta motosikal.
Katanya, ketika pertempuran berlaku di Kampung Tanjung Batu pada 6 Mac lalu itu, dia mempunyai urusan di bandar Lahad Datu.

Katanya, anak lelakinya, Azmain, 35, menghubunginya bagi memaklumkan mengenai pencerobohan di kampung itu dan menasihatkan agar tidak pulang kerana kumpulan pengganas Kiram itu mencarinya.

"Saya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah saudara di Fajar Harapan dan hari ini merupakan hari pertama saya bersama lebih 30 wakil keluarga dibawa ke rumah masing-masing untuk melihat sendiri kesan pertempuran," katanya yang ditemui di sini hari ini.
Dalam lawatan pagi ini, kumpulan penduduk diiringi oleh pasukan keselamatan yang bersenjata lengkap.
Selain wakil keluarga, pihak Pejabat Daerah Lahad Datu dan wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut dibawa bersama bagi menilai kerosakan yang dihadapi penduduk kampung berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahmod berkata, dia juga amat terkejut melihat persekitaran perkampungan itu.

Menurutnya, bukan sahaja terdapat beberapa buah rumah hangus terbakar dan tidak boleh diduduki lagi, kesan tembakan boleh dilihat pada keseluruhan rumah di situ.
Tambahnya, kelongsong peluru daripada senjata ringan dan berat masih bertaburan di seluruh kawasan kampung.
Meskipun begitu katanya, hasil perbincangan pihaknya bersama penduduk lain, kebanyakannya masih mahu kembali tinggal di kampung halaman mereka.

Namun begitu katanya, hasrat mereka itu masih bergantung kepada jaminan keselamatan yang akan diberikan oleh pihak berkuasa, malah akan sentiasa mematuhi arahan jika dinasihatkan untuk mencari penempatan baharu. - UTUSAN


[Continue reading...]

Networkblogs

Blog Hangat

Entri Meletop !

GST

 
Copyright © . "ku lihat langit biru" - Posts · Comments
Template oleh BTDesigner · Di celup oleh Wak · Di kuasakan oleh Blogger