Sidang Media Ketua Polis Negara pada 6 Mac 2013 @ 6.15
petang.
Perkembangan terkini - Lebih kurang jam 12.30 tengahari
tadi, pihak polis telah menghantar 10 orang pegawai polis dari jabatan siasatan
jenayah untuk siasatan ditempat kejadian dan tugas mengeluarkan mayat-mayat
pengganas di kawasan operasi.
Walaubagaimanapun, pada jam 1.45 tengahari, ketika
usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat pengganas, pasukan keselamatan telah
diserang oleh pihak pengganas yang masih bebas menyebabkan telah berlaku tembak
menembak di kawasan operasi.
Dalam kejadian ini, al hamdulillah, tidak ada kecederaan atau kematian terhadap pasukan keselamatan.
Dalam kejadian ini, al hamdulillah, tidak ada kecederaan atau kematian terhadap pasukan keselamatan.
Pada jam 3.00 petang, operasi ini disambung semula oleh
pasukan keselamatan dengan memasuki lagi kawasan operasi.
Pada jam 4.15 petang, semasa pasukan keselamatan menjalankan
"mopping up" telah berlaku tembak menembak di antara pasukan
keselamatan dengan pihak pengganas. Dalam kejadian ini, tidak ada pasukan
keselamatan yang tercedera atau terkorban.
Dipercayai terdapat pengganas yang mati namun pihak polis tidak dapat mengesahkan jumlah kematian pengganas setakat ini.
Dipercayai terdapat pengganas yang mati namun pihak polis tidak dapat mengesahkan jumlah kematian pengganas setakat ini.
Dalam perkara ini, Ketua Polis Negara mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua lapisan masyarakat yang menghantar sms bagi memberi
semangat dan sokongan serta iringan doa kepada pasukan keselamatan.SINI



0 comments:
Post a Comment