Headlines News :
Home » » Gemparrr !!! Media Filipina mendedahkan 4 Komando Malaysia Berada dihadapan Rumah Jamalul Kiram III.. Bukti duit syiling 50 Sen..

Gemparrr !!! Media Filipina mendedahkan 4 Komando Malaysia Berada dihadapan Rumah Jamalul Kiram III.. Bukti duit syiling 50 Sen..

Written By Pejuang Sejati Maya on Wednesday, 20 March 2013 | 5:00:00 pm

Phillipine Enquirer melaporkan sepasukan pembunuh asing telah tiba di Manila dalam misi memburu dan membunuh kepala lanun Sulu, Jamalul Kiram III dan penasihatnya, Pastor 'Boy' Saycon. Media negara Filipina itu memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani yang memberitahu, seorang 'Kolonel tentera asing' tiba di Manila bersama-sama 'empat orang komando' dan turut mengupah tiga orang pembunuhan upahan tempatan untuk membunuh Kiram dan para pengikutnya.

Menurut Idjirani lagi, 'pasukan pembunuh asing' itu menginap di Hotel Maxim di Pasay City. Kehadiran pasukan tersebut telah dilaporkan kepada Polis Kebangsaan Filipina dan Angkatan Tentera Filipina.

Nampaknya konco-konco kepala lanun Sulu yang hidup senang lenang di Filipina sudah mulai keresahan dan ketakutan. Malaysia akan mewujudkan sebuah mahkamah khas untuk membicarakan lanun-lanun Sulu yang ditangkap. Filipina pula dikatakan sedang giat menjalankan siasatan terhadap Jamalul Kiram III dan Nur Misuari. Manakala Indonesia yang diharapkan oleh lanun-lanun Sulu itu agar memberikan bantuan kepada mereka menerusi tawaran penyerahan Sarawak kepada Indonesia, telah melakukan kawalan ketat di sepanjang sempadan bagi mengelakkan lanun-lanun Sulu berkenaan menggunakan wilayah Indonesia sebagai pangkalan baru untuk melancarkan serangan.

Bingainya si jurucakap ini ialah, kalau benar Malaysia menghantar pasukan pembunuh untuk memburu dan membunuh Jamalul Kiram III, sudah lama kepala lanun Sulu itu terbujur kaku bersama-sama anak perempuan dan penyokong-penyokongnya.

Kalau Singapura dan Lee Kuan Yew sendiri pun tahu kemampuan komando-komando Malaysia serta menaruh perasaan hormat, mengapa agaknya lanun-lanun Sulu itu memandang rendah?

Sudah tentulah kerana mereka memang bebal dan jenis bodoh tidak boleh diajar, susah tak boleh ditolong!!!

Semalam, pasukan keselamatan Malaysia menemui satu lagi mayat lanun Sulu di Tanjung Batu yang dipercayai terbunuh dalam serangan pihak keselamatan Malaysia pada 6 Mac lalu. Manakala di Kampung Simunul, Semporna pula, penduduk bekerjasama dengan pihak berkuasa, membersihkan kampung tersebut daripada mayat-mayat lanun Sulu.

Kekacauan yang diharapkan dan sokongan rakyat tempatan yang dikatakan akan diberikan kepada lanun-lanun Sulu sekiranya mereka melakukan serangan dalam mana-mana wilayah Sabah, ternyata tidak menjadi kebenaran.

Namun yang semakin benar dan menyerlah kebenaran ialah, LANUN-LANUN SULU itu sememangnya lanun dan penjenayah.

Perasan saja lebih tetapi akhirnya ternyata mereka adalah gerombolan yang amat mudah diperbodoh-bodohkan oleh pihak lain yang mahu berkuasa di Malaysia. Baru kena gempar dengan SYILING 50 SEN, takutnya kepala lanun Sulu itu sehingga mengunci rahangnya. SETERUSNYA BACA DISINI>>>
Share this post :

Post a Comment

RANKING BLOGGER TERENGGANU

RANKING BLOGGER TERENGGANU
TARIKH : 12 SEPTEMBER 2012
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. "ku lihat langit biru" - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger