Wednesday, 19 June 2013

PASAR KEDAI PAYANG BARU AKAN HILANGKAN PUNCA PENDAPATAN PENIAGA-PENIAGA... BENARKAH SYED AZMAN???

- 0 comments
Ala balerr.... yb-yb PAS Ini tidak BOLEH puji sikit, kalu di puji dah mula lah nak tunjuk hero dalam dewan rakyat.. Pada sidang Dewan SEMALAM  Syed Azman dan Wahid Endut mula melompat-lompat dalam dewan macam beruk kena belacan..

Punyalah nak jadi hero konon.. dalam tak disedari 2 YB ini nak jatuhkan ekonomi orang-orang melayu, nak nya suruh orang melayu lain tidak sekaya dia..puihhh


Sanggup puok2 yb pas menghasut sampai ke dalam sidang dun bahawa pasar payang akan hilang nostagia konon... 

"SIAPA NAK TANGGUNG KALAU ADA KEMALANGAN JIWA TERHADAP PENIAGA2 DAN PENGUNJUNG2 PASAR PAYANG NANTI"???

Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan walaupun 1 sen terhadap pembinaan pasar payang itu malah mendapat keuntung 100% dari pembinaan pasar payang itu nanti...


Penjelasan dan penerangan sudah di berikan kepada persatuan peniaga2 dan peniaga2 pasar payang keseluruhannya tetapi kerana hasutan dari Ahli parlimen kuala terengganu & geng tidak mahu perniaga2 pasar payang maju setapak lagi dengan kuasa pembelian yang meningkat akan datang dengan ada nya pasar payang yang baru yang lebih hebat dan berdaya saing...

Gambaran Pasar Kedai Payang Baru

Nostagia Pasar Kedai Payang


SUMBER BERITA TEGANU KITA :



Wakil rakyat pembangkang yang kini mula merasai kehilangan `kuasa’ memohon kerajaan negeri supaya mengiktiraf tandatangan mereka dalam sebarang urusan dengan penduduk yang memohon bantuan kerajaan, pada sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), petang ini.

YB Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) dalam perbahasannya turut menyentuh mengenai tidak perlu melalui `kesulitan ’ mendapatkan tandatangan bagi proses permohonan mendapatkan bantuan pendidikan dan pengajian menerusi Yayasan Terengganu (YT). 


Beliau berkata, memadai setiap permohonan terus merujuk kepada YT tanpa pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), sebagaimana kelaziman.

“Saya merasakan kita kurangkanlah karenah birokrasi. Saya masih ingat zaman pemerintahan (1999-2004) pelajar yang mendapat tawaran universiti, buat diploma dan sebagainya tidak payah mendapat tandantangan Yang Berhormat dan Adun tetapi terus kepada Yayasan Terengganu,” katanya.

Sebelum itu, YB Tengku Hassan Tengku Omar (Pas-Ladang) juga menyuarakan perkara yang sama dan memohon kerajaan menjelaskan dasar yang digunapakai berhubung sah laku tandatangan wakil rakyat pembangkang.

 “Sebelum saya terlupa, mengenai tandangan Yang Berhormat, kita pada bulan lepas, saya bertanya apakah tandatangan YB dari pembangkang sah dan laku yang terpaksa diterima oleh agensi kerajaan yang memerlukan tandatangan YB.

 “Dengan jelas YAB Menteri Besar menjawab, ya. Sah dan laku mesti diterima termasuk YB pembangkang. Adakah dasar ini sudah berubah,” katanya.

Sementara itu , YB Ariffin Deraman (Pas-Alor Limbat) yang turut mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu juga menyentuh isu tandatangan yang didakwanya kini banyak menyusahkan dan dianggap sebagai diskriminasi.

“Kami tidak kisah pun mengenai tandatangan ini tidak dapat tandatan pun tidak mengapa, tetapi penduduk yang mahukan tandangan kami (wakil rakyat) untuk mendapat bantuan kerajaan dan sebagainya," katanya.

Beliau juga memberitahu penduduk yang menemuinyanya menyifatkan tindakan tidak mengiktiraf tandatangan wakil rakyat pembangkang sebagai satu dendam oleh kerajaan Barisan Nasional.
[Continue reading...]

Tuesday, 18 June 2013

MUFTI BARU TERENGGANU YANG KE-17- MENJADI TONGGAK PERPADUAN UMMAH

- 0 comments

MENDAHULUKAN AHLUL BAIT, MENGUTAMAKAN ASWJ

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Zulkifly Muda dilantik sebagai Mufti Negeri Terengganu yang baharu, berkuat kuasa 1 April lalu menggantikan Datuk Dr. Alias Abdullah. Alias, 54, sebelum ini menyandang jawatan itu selama lima tahun sejak 2008 dan kini menjadi Pengarah Institut Al-Quran Terengganu (IQT) manakala Zulkifly dahulunya berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di UMT sejak 2009 hingga 2013.

Ketika dihubungi, Dr. Zulkifly, 47 yang berkelulusan B.A Hons (Syariah) Universiti Al Azhar, Sarjana (Syariah) dan University of Jordan, Amman merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya memikul amanah dan tanggungjawab yang besar itu dan berjanji menunaikannya sebaik mungkin.

Katanya, "tugas itu terdedah pada dua perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu termasuklah apabila berlaku kesilapan, pasti membawa kepada azab yang amat pedih.
Begitu juga dengan satu lagi perkara, kalau dibuat betul-betul, sudah pasti pahala besar menanti dan insya-Allah, saya akan pikul tanggungjawab ini sedaya upaya," kata anak ketujuh daripada 12 beradik ketika dihubungi semalam."

Zulkifly yang berasal dari Kampung Losong Haji Mamat mempunyai isteri, Prof. Madya Nizaita Omar, seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan tiga orang anak. Semasa berkhidmat di UMT, beliau merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan di Fakulti Pembangunan Sosial untuk tiga subjek iaitu Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik.


[Continue reading...]

FAKTA SEBENAR SINGAPURA : MELAYU TAK LAYAK JADI PM!!!

- 0 comments
Itu la kenyataan PM Singapura dari parti PAP yang merupakan taiko kepada parti DAP kat Malaysia ni..kalu korang semua nak tau, DAP adalah pecahan Parti PAP selepas Singapura keluar daripada Malaysia..

Cerita pemisahan Singapura daripada Malaysia ni sebenarnya masih ramai lagi yang tak tau..pemisahan Singapura daripada Malaysia perlu kita semua tahu terutamanya mengenai niat jahat Lee Kuan Yew ketika itu adalah utk merebut malaysia kerana sejarah membuktikan, Lee Kuan Yew menangis kesedihan ketika Singapura di keluarkan dari Malaysia kerana rancangan merampas Malaysia gagal, jika bukan Tunku Abdul Rahman bijak…di manakah kita orang-orang Islam melayu ketika ini? sedar dan bersyukur lah wahai umat islam kat Malaysia nih…melayu islam singapura kini adalah pengajaran buat kita…

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadiPerdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johoryang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malaysia". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.. Inilah sebabnya Singapura dipisahkan dari Malaysia.

p/s : Sombong dan bongkak nya PM Singapura ni sebijik mcm CM Penang si Guan Eng tu..korang nak ke ber'Ketua Menteri'kan DAP seperti yang dicanang oleh PAS Melaka?!aku sayang Melaka!korang?!

sumber
[Continue reading...]

DIANTARA TITAH DYMM SULTAN TERENGGANU SEMASA PERASMIAN SIDANG DUN NEGERI TERENGGANU

- 0 comments

Untuk makluman bersama dengan Inipati titah ucapan KDYMM Sultan Terengganu pada Istiadat Pembukaan Penggal Pertama DUN ke 13;

1) Bersyukur atas nikmat kemakmuran, keselamatan dan keamanan negeri selama ini
2) Keputusan PRU 13 menyebabkan byk isu sensitif dibangkitkan spt perkauman, hak istimewa org Melayu dan Perlembagaan. Ini menggugat keharmonian negara
3) Perpaduan mesti menjadi teras meneruskan legasi pembangunan
4) Umat Islam mesti berpegang teguh kpd Al Quran dan Sunnah
5) Berpuashati dgn hasil perlaksanaan program pembangunan kerajaan negeri
6) Rakyat mesti menjalani kehidupan sederhana dan berbelanja ikut kemampuan
7) Perlu wujud peneyelarasan antara agensi kerajaan dlm program pembangunan dan kerjasama antara kerajaan dan swasta
8) Pembangunan modal insan adalah faktor penting pembangunan negeri
9) Kerajaan perlu memberi tumpuan khusus mengatasi masalah kemiskinan rakyat negeri
10) Generasi remaja perlukan sentuhan mesra dr pihak bertanggungjawab
11) Anggota perkhidmatan awam perlu menunjukan perkhidmatan cemerlang kpd rakyat
12) Pembangunan Syiar Islam dpt diperkasakan lagi dengan pengukuhan fungsi MAIDAM dengan memasukkan 7 Jabatan berkait hal elwal Islam berbanding hanya mentadbir Jabatan Baitulmal sahaja sebelum ini.
13) Ahli2 Yang Berhormat perlu sentiasa mematuhi peraturan Dewan semasa bersidang.

DAULAT TUANKU!
SUMBER 
[Continue reading...]

Monday, 17 June 2013

ASAL USUL BANGSA MELAYU... ALLAHUAKHBAR!!!

- 0 comments

Jawi=Tuhan-satu=ESA
BUAT RENUNGAN KITA ORG2 MELAYU BANI JAWI. TOLONG JAGA DARAH DAN KETURUNAN INI BAIK2 TERUTAMA BAGI YG ADA ANAK PEREMPUAN. HARGAI LAH KERANA KITA DILAHIRKAN SBG ORG ISLAM DAN BERDARAH KETURUNAN RUMPUN MELAYU.

Mamluk Qalawun

Musuh Yahudi yang sebenarnya bukanlah Palestin tetapi Bani Jawi.

Bani Jawi adalah pengembara hebat membawa misi ke Semenanjung di Hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna.

Telah lama Yahudi Illuminati mencari bani Jawi@ kaum yang hilang.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI /MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu
Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu
Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu
Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah.

Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi.

Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemahlembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati.

Jawi or Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpd 1 tuhan (mentauhidkan tuhan)

Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang.
Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun.

Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia,’di penghujung dunia’
[Continue reading...]

HAJI HADI MANIPULASI TITAH TUANKU SULTAN TERENGGANU... PERKARA INI AMAT DIKESALI.

- 0 comments
Kenyataan Presiden Pas (Adun Rhu Rendang) yang menyambut baik titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang kononnya Sultah bertitah mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Sebenarnya tidak ada pun Tuanku bertitah demikian sebagaimana kenyataan Haji Hadi dalam Harakahdaily hari ini.

Sultan Terengganu bertitah merasmikan Sidang Pertama Dewan Negeri ke 13 hari ini. 

Berikut adakah berita penuh manipulasi tersebut:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyambut baik titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang mahu semua pihak membuang sentimen kepartian dalam memberikan bantuan kepada rakyat.

Tuanku Sultan menyeru semua pihak bekerjasama tanpa mengira fahaman politik sewaktu bertitah sempena perasmian penggal pertama sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kali Ke-13 di Wisma Darul Iman hari ini.

Abdul Hadi yang juga Adun Rhu Rendang berkata, titah tuanku itu harus diberi perhatian kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-3 (PRU13) Mei lalu, wujud diskriminasi terhadap rakyat kerana faktor politik.

"Antara yang menarik dalam titah Tuanku Sultan adalah selepas pilihan raya dihapuskan sentimen fanatik politik masing-masing.

"Jadi kita minta Jawatankuasa Kemajuan kampung (JKK) supaya mudah tandatangan borang (permohonan bantuan) rakyat kerana selepas pilihan raya ini saya menerima banyak aduan rakyat yang JKK tak mahu tandatangan borang.

"Jadi perlu diselesaikan di peringkat akar umbi. Kalau akar umbi boleh selesai (pihak) atas mudah selesai," kata Ustaz Hadi (gambar) ketika ditemui pemberita di lobi dewan Wisma Darul Iman hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad said berkata, pihak kerajaan negeri tidak akan membuat rumah mampu milik di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

Ahmad berkata, rakyat di kawasan berkenaan perlu meminta bantuan dari wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya lepas.

Menurut Ustaz Abdul Hadi juga, PAS di Terengganu akan terus menegur kerajaan negeri sekiranya mereka bersikap boros dan tidak mengutamakan keperluan rakyat.

Namun katanya, PAS bersedia memberikan kerjasama yang terbaik kepada kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri.

"Ada perkara yang boleh kerjasama, ada perkara yang kita kena tegur kerajaan. Tuanku ada sebut tadi mengenai projek-projek yang tidak menguntungkan rakyat. (Projek) itu masih ada lagi.

Sultan Mizan dalam titah baginda menyeru kerajaan negeri mengambil langkah berjimat cermat dalam perbelanjaan termasuk dalam aspek pelaksanaan projek dann program.

"Projek-projek yang kurang efektif dan tida memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh perlulah dielakkan.

"Kerajaan perlu mengawal perbelanjaan dengan mengekalkan konsep berhemah," titah baginda.

Kredit: pulaulangtengah.blogspot.com
[Continue reading...]

Aku janji Pakatan.. PM Malaysia Bukan dari MELAYU ISLAM???

- 0 comments
Itu la kenyataan PM Singapura dari parti PAP yang merupakan taiko kepada parti DAP kat Malaysia ni..kalu korang semua nak tau, DAP adalah pecahan Parti PAP selepas Singapura keluar daripada Malaysia..

Cerita pemisahan Singapura daripada Malaysia ni sebenarnya masih ramai lagi yang tak tau..pemisahan Singapura daripada Malaysia perlu kita semua tahu terutamanya mengenai niat jahat Lee Kuan Yew ketika itu adalah utk merebut malaysia kerana sejarah membuktikan, Lee Kuan Yew menangis kesedihan ketika Singapura di keluarkan dari Malaysia kerana rancangan merampas Malaysia gagal, jika bukan Tunku Abdul Rahman bijak…di manakah kita orang-orang Islam melayu ketika ini? sedar dan bersyukur lah wahai umat islam kat Malaysia nih…melayu islam singapura kini adalah pengajaran buat kita…

Keputusan pemisahan Singapura dari Malaysia diambil secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik di London.

Lee Kuan Yew dan parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadiPerdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. [perlu rujukan]Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johoryang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malaysia". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu.. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.

Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.. Inilah sebabnya Singapura dipisahkan dari Malaysia.

p/s : Sombong dan bongkak nya PM Singapura ni sebijik mcm CM Penang si Guan Eng tu..korang nak ke ber'Ketua Menteri'kan DAP seperti yang dicanang oleh PAS Melaka?!aku sayang Melaka!korang?!

SUMBER
[Continue reading...]

Melekat Semasa Dibelasah???

- 0 comments

Gambar Hiasan
BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.
Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.
Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.
Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.
Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.
Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.
Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.
Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.
Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.
Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.
Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.
Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan
Jertih sebelum ini.
Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.
Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.
Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. – Sinar Harian

[Continue reading...]

Sunday, 16 June 2013

Tiada BOIKOT pula Sidang Dewan Negeri Terengganu.

- 0 comments
Assalamualaikum....

Hari ini bermulalah secara rasmi Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu dengan bermulanya acara mengangkat sumpah simpan rahsia Yang Dipertua Dewan ia itu Mohd Zubir bin Embong.

Beliau adalah bekas Calon P036 Kuala Terengganu yang telah tewas kepada calon Dari PAS iaitu YM Raja Kamarul Bahrin Shah.

Sidang DUN akan bermula 16 Jun dan berakhir pada 19 Jun 2013 yang akan bermula secara rasmi pada 18 Jun ini.

Acara angkat sumpah ahli dewan sedang berlangsung dengan tertib mengikut susunan sidang dewan.

Ahli Dewan dari pembangkang dimulakan dengan Ym Haji Hadi Awang dan koncu- koncunya..hihihi





[Continue reading...]

Friday, 14 June 2013

KUASA ALLAH ITU TIADA TOLAK BANDINGNYA..

- 0 comments

T
KUCHING 14 Jun - Tujuh sekeluarga bernasib baik apabila terselamat daripada kebakaran ketika sedang bersiap-siap mengerjakan solat Subuh berjemaah pagi ini.

Kebakaran yang berlaku pukul 5 pagi ketika Masni Bujang, 62, bersama enam ahli keluarga yang lain termasuk tiga kanak-kanak tinggal bangun menunaikan solat.

Kesemua mereka sempat menyelamatkan diri walaupun tinggal sehelai sepinggang selepas rumah dua tingkat di Jalan Siol Kandis di sini musnah dalam kebakaran tersebut.

Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mohd. Rafi Saibi berkata, ketika kejadian Masni sedang mengambil wuduk di dalam bilik air di bahagian dapur rumah berkenaan sebelum terhidu bau terbakar.

"Pihak bomba mendapat laporan daripada jiran mangsa pada pukul 5.19 pagi dan tiba di tempat kejadian tujuh minit kemudian dengan kekuatan 18 orang anggota.

"Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan serta Petra Jaya digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE


 
[Continue reading...]
 
Copyright © . "ku lihat langit biru" - Posts · Comments
Template oleh BTDesigner · Di celup oleh Wak · Di kuasakan oleh Blogger